Saturday 8 September 2012

IKS BATU PAHAT, JOHOR, MALAYSIA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

DIREKTORI IKS BATU PAHAT, JOHOR, MALAYSIA ini merupakan sebuah portal interaktif yang mengandungi direktori usahawan - usahawan IKS di seluruh Batu Pahat, selain pelbagai maklumat terkini mengenai perkembangan IKS tanahair.

Tujuan penubuhan DIREKTORI IKS BATU PAHAT, JOHOR, MALAYSIA ini adalah untuk memberi informasi terkini mengenai IKS kepada masyarakat di kawasan Batu Pahat selain membantu para usahawan IKS mempromosikan perniagaan atau produk mereka bukan sahaja ke seluruh tanahair malahan ke seluruh dunia. Kami amat mengalu - alukan penyertaan anda ke dalam direktori ini.

Pelbagai modul akan dilancarkan seperti informasi mengenai peluang perniagaan, aktiviti semasa, komuniti setempat, iklaneka, carian pekerjaan, ruangan diskusi dan lain - lain. Buat masa ini, modul 'Direktori Perniagaan' telahpun beroperasi bagi memberi peluang kepada para usahawan mempromosikan perniagaan secara percuma.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke email perniagaandankeusahawanan@gmail.com atau hubungi kami di talian 03-3845511.

Selamat Maju Jaya!

Ikhlas dari,

Pengurusan,
Admin 

Saturday 1 September 2012

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

          IKS ini merupakan industri yang bertaraf tempatan. Skala operasinya kecil berbandingdengan industri multinasional yang besar. 
          Secara amnya, Industri Kecil Sederhana ataupun lebih dikenali IKS telah lama ditubuhkan. Industri kecil dan sederhana (IKS) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara.
          Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu pada purata 8.4% setahun dalam tempoh masa 1989-1994 ternyata tidak akan tercapai tanpa sumbangan dan sokongan besar IKS.
          Lebih penting, pertumbuhan sektor pembuatan yang amat memberansangkan sejak 1980-an telah meletakkan IKS sebagai industri penggerak utama dalam mempelbagaikan aktiviti di sektor ini.
         Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020.
          Dewasa ini sumbangan IKS semakin terserlah dan ini dapat dilihat dalam beberapa bidang seperti jumlah pertubuhan, jumlah pekerjaan, nilai keluaran dan harta tetap. Pada tahun 1994 misalnya, IKS terdiri 84.1% dari jumlah keseluruhan pertubuhan pengilang dalam sektor perkilangan di Malaysia.
IKS juga menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan dari jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Lebih penting daripada peratusan perangkaan di atas ialah peranan sebenar yang dimainkan oleh IKS dalam pertumbuhan sektor perkilangan dan keseluruhan pembangunan ekonomi negara.
            Secara umumnya, IKS membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing, mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahir dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.
            Rencana ini cuba mendedahkan hubung jalin antara pertumbuhan sektor perkilangan dengan perkembangan IKS di Malaysia. Penekanan utama akan diberikan terhadap sumbangan penting IKS kepada pertumbuhan sektor perkilangan dan perkembangan ekonomi negara secara keseluruhannya.